*gambar pinjam dari google
Friday, 30 December 2011
HUJANNNN.....
hujan ooo hujan bila nak berenti niiii...dah nak banjir ke???tunggu-tunggulah nak banjir pun aku tak ambik exam lagi ni nak main air banjir....nanti lepas exam takpe lah boleh bersuka ria...makan tido makan tido...hehe bestnyer biar projek akhir tak sentuh pun ada hati nak rileks...em takpe lah hujan tu kan rahmat...upm tunggu kehadiran ku,,,dah tak sabar nak jawab paper DR.NOTTS niiiii....
*gambar pinjam dari google
*gambar pinjam dari google
Wednesday, 28 December 2011
masa ohhhh masa....
masa cepatnya berlalu pergi....final exam dah sangat dekat ni,,aku buku pun tak baca lagi niiii....rileks broo..hhehe ada hati lagi nak rileks...dalam hati ni tak sabar nak jawab exam biar buku tak sentuh lagi pun tapi takpe masa masih ada untuk aku study...kawan-kawan ku yang berada di kolej mesti sedang study niii...buat kawan-kawanku semoga kita semua dapat jawab exam dengan hati yang tenang dan mendapat keputusan yang baik dan cemerlang...good luck my friends....:)
Monday, 26 December 2011
DR.NORMALIZA
Pensyarah untuk subjek BBK3408 tak lain tak bukan ialah Dr.Notts (Dr.Normaliza) sape tak kenal dr.notts kan..Subjek ni memang kena buat banyak praktikal berbanding baca nota atau buku...mula-mula masuk kelas ni aku agak kecut perut sebab tengok je muka dr.notts masuk masam je senyum pun tak..aku dah la duduk depan sekali..ingatkan dr.notts ni garang orangnya tapi bila dah lama kenal baru la tahu dr.notts ni kelakar jugak ...nak cerita pasal tugasan memang la banyak sangat dr.notts bagi macam-macam kena buat...kena buat video,blog,website,e-majalah,asas grafik,dokumentari dan sebagainya...dalam subjek ni aku bersama kumpulan uda & dara. Ahlinya terdiri daripada amer, zuri, ida, ila, zana dan aku (shima). Banyak kenangan manis dan pahit kami lalui bersama, kesabaran dalam kerja kumpulan amat penting kerana jika tidak dapat mengawal perasaan sudah tentu akan berlakunya perang mulut atau perang dingin. Tugasan pertama kena buat adalah blog..apa tu blog??aku masa tu memang la tak tahu menahu benda-benda ni semua jadi terpaksa la bukak google tengok macam mana nak buat blog...lepas tu kitaorang ditugaskan buat asas grafik dalam kelas,buat video,buat dokumentari boleh dikatakan tiap-tiap minggu kami kena buat video dan kena post dalam youtube pulak tu… sampai kan dalam hati bila la dr.notts tak nak bagi tugasan ni hehe.. daripada yang tak pandai buat video dah jadi expert tiap-tiap minggu kami akan lakukan yang terbaik untuk bersaing dengan kumpulan lain...
AHLI-AHLI KUMPULAN UDA& DARAJOM KITA LARI.....
1,2,3...READY
TENGOK APE TU?????????
Buat pensyarahku Dr. Normaliza bt Abd. Rahim(Dr. Notts) jutaan terima kasih di atas segala jasamu dalam mengajar kami semua,,,semoga dirimu sentiasa diberkati oleh-Nya…Amin…
Tuesday, 13 December 2011
KASIH YANG HAKIKI...
Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari iman,
Jika mereka sibuk mencari pasagan,
Biarlah kita sibuk mencari keredhaan-Nya,
Jika mereka menangis kerana kekecewaan cinta,
Biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam,
Jika mereka cintakan kemanusiaan,
Biarlah kita cintakan Allah S.W.T
MENJELANGNYA KIAMAT...
Tik tok tik tok tik tok
Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita
Tik tok tik tok tik tok
Kiamat pula seakan berlari mengejar kita
Petanda-petanda besar sudah terlihat
Terlihat benda yang aneh-aneh
Aneh yang tiba melanda
Melanda manusia
Yang masih lalaileka
Yang masih alpalupa
Yang masih hanyut dibuai mimpi
Yang masih tidak mengenal Tuhan
Ayuhlah segera
Bertaubat kepada-Nya
Bertaqwa kepada-Nya
Berserah kepada-Nya
Agar kita menjadi
Muslim yang sejati
Muslim yang diredhai
Muslim yang disayangi-Nya…
PERASAAN INI...
perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita gila
perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita suka dan sangat gembira
perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita gelisah tak tentu hala
perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita sedih sangat tak tentu pasal
perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita rindukan dia....
perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita suka dan sangat gembira
perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita gelisah tak tentu hala
perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita sedih sangat tak tentu pasal
perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita rindukan dia....
perginya seorang ayah...
semalam merupakan satu titik hitam kepada sahabatku kerana ayahnya telah pergi buat selama-lamanya...aku begitu simpati kepadanya kerana aku juga pernah melalui saat-saat sebegini semuanya pahit uintuk ditelan...mungkin dia dalam keadaan sedih yang teramat sangat kerana sebelum ni ibu bapanya telah bercerai dan dia seorang sahaja dalam adik-beradiknya yang tinggal bersama ayahnya...buat sahabatku semoga dirimu sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini..banyakkan baca yassin kepada arwah..semoga rohnya ditempatkan disisi orang beriman...
SIKAP...
kadang-kadang kita sering lihat sikap orang...
cerewet lah..
dengki lah..
baik hati lah..
pentingkan diri sendiri lah..
tapi kadang-kadang kita tak perasan dengan sikap kita sendiri...
ada kalanya sikap kita jauh lebih teruk dari orang yang kita nilai
sikap kita juga boleh menyakitkan hati orang...
biasalah kita ni manusia biasa yang tak boleh lari dari godaan syaitan
bila-bila masa kita akan jadi marah, benci, dengki...
.......
cerewet lah..
dengki lah..
baik hati lah..
pentingkan diri sendiri lah..
tapi kadang-kadang kita tak perasan dengan sikap kita sendiri...
ada kalanya sikap kita jauh lebih teruk dari orang yang kita nilai
sikap kita juga boleh menyakitkan hati orang...
biasalah kita ni manusia biasa yang tak boleh lari dari godaan syaitan
bila-bila masa kita akan jadi marah, benci, dengki...
.......
Tuesday, 6 December 2011
KALAU CINTA (VERSI KAMI)...
Kawan-kawan harap sudi menonton video kami....sokonglah video tempatan hehe
rindu...
baru sehari si dia pulang ke kampung tetapi rasa macam dah bertahun (em macam orang bercinta la pulak).. lambatnya nak study week ni tak sabar nak jumpa si dia...tapi takpelah demi mengejar cita-citaku ini dok jauh-jauh dulu pun takpe hehe...nanti ada baby susah la pulak hehe
JANTUNG SASTERA
http://jantungsastera.weebly.com/
Ini merupakan laman web bagi tugasan amali yang terakhir...Sukanya dapat menyiapkan laman web ini...kepada kawan-kawan ku sudilah menjenguk ke web site ku ini...
Ini merupakan laman web bagi tugasan amali yang terakhir...Sukanya dapat menyiapkan laman web ini...kepada kawan-kawan ku sudilah menjenguk ke web site ku ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)