Monday, 21 November 2011

KATA-KATA PALING...

habis kelas petang tadi terus ke library ingat nak cari bahan wat assigment tapi hampeh langsung tak jumpe..tapi aku ada terjumpa buku ni "Lautan Kasih Berpantai Sayang" yang ditulis oleh Mas Adeki...adalah 1 gurindam yang telah mencuit hatiku kerana maksudnya mempunyai banyak pengajaran...

Yang paling Esa Allah,
Ucaplah selalu Lailahaillallah.

Lafaz paling utama 2 kalimah syahadah,
Kepada Allah wajib beribadah.

Kitab paling suci Al-Quran.
Dibaca dihayati amat berkesan.

Lagu yang paling lunak suara azan,
Bukan laungan macam Tarzan.

Senaman paling afdal sembahyang,
Kepada Allah tandanya sayang.

Tokoh palinh hebat Rasulullah,
Nabi akhir zaman Subhanallah.

Kata paling enak Bismillah,
Doa paling mujarab Alhamdulillah.

Pujian paling agung Allahuakhbar,
Dugaan Allah hadapi dengan sabar.

Ucapan paling mesra Assalamualaikum,
Jika tak dijawab menyalahi hukum.

Taubat paling ringkas Astagfirullah,
Sesama insan hendaklah mengalah.

....

No comments:

Post a Comment