Friday, 28 October 2011

perkara yang tak dapat dilupakan...

pada tanggal 29/7/2010 ini merupakan tarikh yang paling tak dapat aku lupakan...pada subuh tarikh ini aku dikejutkan dengan satu panggilan oleh kakak ku yang menyatakan abah ku sedang sakit tenat (tak sedarkan diri), pada tarikh tu juga  aku dan kakak ku  balik ke kampung dan ketika itu kawanku menghantar meseg takziah kepadaku, dalam hatiku berbisik tak mungkin abahku telah tiada kerana kakak ku beritahu abahku sakit tenat sahaja,,,dalam hatiku berkata gila ke apa kawan aku nak bergurau masa ni dan mati-mati aku ingat dia bergurau,,tapi sangkaan ku meleset sekali yang kawan aku tu tidak bergurau kakak ku telah menyembunyikan kematian abahku kerana kami antara adik-beradik aku yang paling rapat dengan abah sehingga adik-beradik ku yang lain menggelarkan aku "anak emas abah"...setelah mengetahui berita pemergiannya jantungku bagai terhenti,   pandangan ku gelap serta merta,air mataku tak henti-henti mengalir aku seakan-akan tidak percaya berita ini aku belum puas bersamanya,,dalam kereta aku tak putus-putus mendoakannya..sampai di rumah lebih kurang 10malam, aku sekali lagi dikejutkan yang abahku telah siap dikebumikan,aku hanya sempat meratapi tanah merah di atas pusaranya aku tak sempat melhat wajahnya buat kali terakhir bahkan menciumnya,,aku sangat rindu kepadanya sesungguhnya aku tak dapat hidup tanpa dia disisi,,,abah shima sayang abah sangat-sangat,,,shima rindu abah sangat-sangat...shima doakan abah ditempatkan disisi orang beriman,,,,shima akan berusaha menjadi anak yang solehah kerana doa anak yang solehah dapat membantu kedua ibu bapanya bila mereka tiada...

Inilah perkara yang paling tak dapat aku lupakan seumur hidupku...

apakah maksud mimpi ini...

suatu malam aku ada termimpi yang aku duduk dalam satu bangunan tiba-tiba terpancar satu cahaya yang sangat terang...selang berapa minit bangunan yang aku duduk tu terbelah dua sekali dengan tanah terbelah dua, semua barang-barang yang ada di dalam bangunan tu dihisap ke dalam tanah termasuk aku yang bertungkus lumus untuk lari daripada dihisap tanah..dalam mimpi tu hatiku terdetik adakah ni kiamat,,aku mula menyesal dengan dosa-dosa yang pernah aku lakukan aku juga menyesal kerana aku tidak menggunakan masa yang ada untuk kuat beribadat kepada-NYA..dalam hatiku meronta jangan ambik nyawa ku kerana aku tahu setakat mana ibadat ku kepada-NYA aku belum bersedia lagi...apabila terjaga dari mimpi lututku terasa lemah seperti baru lepas berlari,,,sekarang aku sentiasa mengingati-NYA kerana aku tahu dia bila-bila masa boleh mengambil nyawa kita walaupun kita belum bersedia...

Thursday, 27 October 2011

assigment....

macam mana ni bila dah nak habis cuti sem mula fikir nak buat assigment..hehe ada sape-sape nak tolong tak??malam ni nak pegi jalan-jalan kat wakaf che yeh ada sape nak ikut shopping tak???boringnyeeeee kena tinggal kat mak sorang-sorang ni(yeke sorang-sorang) hehe..;

Monday, 17 October 2011

MY LIFE IS ABOUT 'J'

sebenarnya tak pasti jawapan ni betul ke tak...tapi rasa-rasanya Jasper tu hantu atau bunian kot sebab ada kat blog Dr. Notts yang Dr. bergambar dengan Jasper sedangkan dalam gambar tu hanya ada Dr. Notts sahaja. John pula mungkin jejaka British atau panggilan bagi seseorang mungkin juga nama panggilan anak Dr. iaitu Muhammad..Manakala Jonah pula mungkin kawan Dr. Notts kot...sebab Dr. selaliu cakap Dr. rindu Jonah hehe..

Sunday, 16 October 2011

hati INI....

Mata ini tak henti-henti memandang
Langit yang indah
Telinga ini tak henti-henti menangkap
Alunan angin bayu senja
Dan mulut ini tak henti-henti
Mengucapkan Subhanallah
Betapa…aku ini telah mengaku
Wujudnya kuasa yang satu
Namun…
Mengapa hati ini masih tidak terasuh
Untuk takut kepada-Nya
Kekadang …terfikir jua
Mungkin ucapanku hanya sebagai
Fitrah manusia…
Yang cintakan kedamaian dan keindahan
Tapi…mana mungkin semua ini
Bermakna jika…
Tak diserikan dengan kuntuman
Tawadhuk kepada Allah
Tak dibajai dengan cahaya kesyukuran
Kepada Yang Maha Esa



aktiviti di hujung minggu

biasalah bila tiba hujung minggu aku dengan roomateku suka masak memasak, pantang nak makan sikit terus cari bahan nak masak,...biasalah banyak masa terluang sebab tak keluar pegi shopping (dah takde duit hehe)..


                                           jom makan yam yam...



                                            jom makan semua.....
                                                   
jadi ini lah hasil masakan kami...hehe

Thursday, 6 October 2011

balikkampung...

tak tahu lah kenapa tiba-tiba semalam terdetik di hati  aku terasa nak balik kampung je..adakah aku rindu kt mak aku??adik-adik??em mungkin aku terfikir  yang mak aku seorang ibu tunggal yang terpaksa menjaga 5 lagi adik-adikku di rumah...(kesian kan). jadi aku balik hujung minggu ni nak tengok-tengok mak mana tahu dia sakit ke, demam ke, ada masalah ke??? walaupun kerja aku berlambak yang nak kena hantar minggu depan tapi takpe aku akan buat dont worry...sebab bila tiba-tiba je hati aku nak balik kampung aku terus balik aku taknak benda yang sama berlaku lagi keatas diriku kerana aku pernah tidak sempat melihat wajah abahku buat kali terakhir....kepada abah shima sentiasa berusaha menjadi anak yang solehah kerana shima tahu doa anak yang solehah dapat membantu kedua ibu bapanya bila mereka tiada...shima rindu abah sangat-sangat balik nanti insyaallah shima pegi ziarah kubur abah ek....