Friday, 28 October 2011

apakah maksud mimpi ini...

suatu malam aku ada termimpi yang aku duduk dalam satu bangunan tiba-tiba terpancar satu cahaya yang sangat terang...selang berapa minit bangunan yang aku duduk tu terbelah dua sekali dengan tanah terbelah dua, semua barang-barang yang ada di dalam bangunan tu dihisap ke dalam tanah termasuk aku yang bertungkus lumus untuk lari daripada dihisap tanah..dalam mimpi tu hatiku terdetik adakah ni kiamat,,aku mula menyesal dengan dosa-dosa yang pernah aku lakukan aku juga menyesal kerana aku tidak menggunakan masa yang ada untuk kuat beribadat kepada-NYA..dalam hatiku meronta jangan ambik nyawa ku kerana aku tahu setakat mana ibadat ku kepada-NYA aku belum bersedia lagi...apabila terjaga dari mimpi lututku terasa lemah seperti baru lepas berlari,,,sekarang aku sentiasa mengingati-NYA kerana aku tahu dia bila-bila masa boleh mengambil nyawa kita walaupun kita belum bersedia...

No comments:

Post a Comment