pada tanggal 29/7/2010 ini merupakan tarikh yang paling tak dapat aku lupakan...pada subuh tarikh ini aku dikejutkan dengan satu panggilan oleh kakak ku yang menyatakan abah ku sedang sakit tenat (tak sedarkan diri), pada tarikh tu juga aku dan kakak ku balik ke kampung dan ketika itu kawanku menghantar meseg takziah kepadaku, dalam hatiku berbisik tak mungkin abahku telah tiada kerana kakak ku beritahu abahku sakit tenat sahaja,,,dalam hatiku berkata gila ke apa kawan aku nak bergurau masa ni dan mati-mati aku ingat dia bergurau,,tapi sangkaan ku meleset sekali yang kawan aku tu tidak bergurau kakak ku telah menyembunyikan kematian abahku kerana kami antara adik-beradik aku yang paling rapat dengan abah sehingga adik-beradik ku yang lain menggelarkan aku "anak emas abah"...setelah mengetahui berita pemergiannya jantungku bagai terhenti, pandangan ku gelap serta merta,air mataku tak henti-henti mengalir aku seakan-akan tidak percaya berita ini aku belum puas bersamanya,,dalam kereta aku tak putus-putus mendoakannya..sampai di rumah lebih kurang 10malam, aku sekali lagi dikejutkan yang abahku telah siap dikebumikan,aku hanya sempat meratapi tanah merah di atas pusaranya aku tak sempat melhat wajahnya buat kali terakhir bahkan menciumnya,,aku sangat rindu kepadanya sesungguhnya aku tak dapat hidup tanpa dia disisi,,,abah shima sayang abah sangat-sangat,,,shima rindu abah sangat-sangat...shima doakan abah ditempatkan disisi orang beriman,,,,shima akan berusaha menjadi anak yang solehah kerana doa anak yang solehah dapat membantu kedua ibu bapanya bila mereka tiada...
Inilah perkara yang paling tak dapat aku lupakan seumur hidupku...
No comments:
Post a Comment