Friday, 30 December 2011

HUJANNNN.....

hujan ooo hujan bila nak berenti niiii...dah nak banjir ke???tunggu-tunggulah nak banjir pun aku tak ambik exam lagi ni nak main air banjir....nanti lepas exam takpe lah boleh bersuka ria...makan tido makan tido...hehe bestnyer  biar projek akhir tak sentuh pun ada hati nak rileks...em takpe lah hujan tu kan rahmat...upm tunggu kehadiran ku,,,dah tak sabar nak jawab paper DR.NOTTS niiiii....

*gambar pinjam dari google

Wednesday, 28 December 2011

masa ohhhh masa....

masa cepatnya berlalu pergi....final exam dah sangat dekat ni,,aku buku pun tak baca lagi niiii....rileks broo..hhehe ada hati lagi nak rileks...dalam hati ni tak sabar nak jawab exam biar buku tak sentuh lagi pun tapi takpe masa masih ada untuk aku study...kawan-kawan ku yang berada di kolej mesti sedang study niii...buat kawan-kawanku semoga kita semua dapat jawab exam dengan hati yang tenang dan mendapat keputusan yang baik dan cemerlang...good luck my friends....:)

Monday, 26 December 2011

DR.NORMALIZA

 Pensyarah untuk subjek BBK3408 tak lain tak bukan ialah Dr.Notts (Dr.Normaliza) sape tak kenal dr.notts kan..Subjek ni memang kena buat banyak praktikal berbanding baca nota atau buku...mula-mula masuk kelas ni aku agak kecut perut sebab tengok je muka dr.notts masuk masam je senyum pun tak..aku dah la duduk depan sekali..ingatkan dr.notts ni garang orangnya tapi bila dah lama kenal baru la tahu dr.notts ni kelakar jugak ...nak cerita pasal tugasan memang la banyak sangat dr.notts bagi macam-macam kena buat...kena buat video,blog,website,e-majalah,asas grafik,dokumentari dan sebagainya...dalam subjek ni aku bersama kumpulan uda & dara. Ahlinya terdiri daripada amer, zuri, ida, ila, zana dan aku (shima). Banyak kenangan manis dan pahit kami lalui bersama, kesabaran dalam kerja kumpulan amat penting kerana jika tidak dapat mengawal perasaan sudah tentu akan berlakunya perang mulut atau perang dingin. Tugasan pertama kena buat adalah blog..apa tu blog??aku masa tu memang la tak tahu menahu benda-benda ni semua jadi terpaksa la bukak google tengok macam mana nak buat blog...lepas tu kitaorang ditugaskan buat asas grafik dalam kelas,buat video,buat dokumentari boleh dikatakan tiap-tiap minggu kami kena buat video dan kena post dalam youtube pulak tu… sampai kan dalam hati bila la dr.notts tak nak bagi tugasan ni  hehe.. daripada yang tak pandai buat video dah jadi expert tiap-tiap minggu kami akan lakukan yang terbaik untuk bersaing dengan kumpulan lain...
                                 AHLI-AHLI KUMPULAN UDA& DARA
                                 JOM KITA LARI.....
                                           1,2,3...READY
                                             TENGOK APE TU?????????
Buat pensyarahku Dr. Normaliza bt Abd. Rahim(Dr. Notts) jutaan terima kasih di atas segala jasamu dalam mengajar kami semua,,,semoga dirimu sentiasa diberkati oleh-Nya…Amin…

Tuesday, 13 December 2011

KASIH YANG HAKIKI...

Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari iman,
Jika mereka sibuk mencari pasagan,
Biarlah kita sibuk mencari keredhaan-Nya,
Jika mereka menangis kerana kekecewaan cinta,
Biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam,
Jika mereka cintakan kemanusiaan,
Biarlah kita cintakan Allah S.W.T

MENJELANGNYA KIAMAT...

Tik tok tik tok tik tok
Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita
Tik tok tik tok tik tok
Kiamat pula seakan berlari mengejar kita
Petanda-petanda besar sudah terlihat
Terlihat benda yang aneh-aneh
Aneh yang tiba melanda
Melanda manusia
Yang masih lalaileka
Yang masih alpalupa
Yang masih hanyut dibuai mimpi
Yang masih tidak mengenal Tuhan
Ayuhlah segera
Bertaubat kepada-Nya
Bertaqwa kepada-Nya
Berserah kepada-Nya
Agar kita menjadi
Muslim yang sejati
Muslim yang diredhai
Muslim yang disayangi-Nya…

PERASAAN INI...

perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita gila
perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita suka dan sangat gembira
perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita gelisah tak tentu hala
perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita sedih sangat tak tentu pasal
perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita rindukan dia....

perginya seorang ayah...

semalam merupakan satu titik hitam kepada sahabatku kerana ayahnya telah pergi buat selama-lamanya...aku begitu simpati kepadanya kerana aku juga pernah melalui saat-saat sebegini semuanya pahit uintuk ditelan...mungkin dia dalam keadaan sedih yang teramat sangat kerana sebelum ni ibu bapanya telah bercerai dan dia seorang sahaja dalam adik-beradiknya yang tinggal bersama ayahnya...buat sahabatku semoga dirimu sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini..banyakkan baca yassin kepada arwah..semoga rohnya ditempatkan disisi orang beriman...

SIKAP...

kadang-kadang kita sering lihat sikap orang...
cerewet lah..
dengki lah..
baik hati lah..
pentingkan diri sendiri lah..

tapi kadang-kadang kita tak perasan dengan sikap kita sendiri...
ada kalanya sikap kita jauh lebih teruk dari orang yang kita nilai
sikap kita juga boleh menyakitkan hati orang...
biasalah kita ni manusia biasa yang tak boleh lari dari godaan syaitan
bila-bila masa kita akan jadi marah, benci, dengki...
.......

Tuesday, 6 December 2011

KALAU CINTA (VERSI KAMI)...

Kawan-kawan harap sudi menonton video kami....sokonglah video tempatan hehe

rindu...

baru sehari si dia pulang ke kampung tetapi rasa macam dah bertahun (em macam orang bercinta la pulak).. lambatnya nak study week ni tak sabar nak jumpa si dia...tapi takpelah demi mengejar cita-citaku ini dok jauh-jauh dulu pun takpe hehe...nanti ada baby susah la pulak hehe

JANTUNG SASTERA

http://jantungsastera.weebly.com/

Ini merupakan laman web bagi tugasan amali yang terakhir...Sukanya dapat menyiapkan laman web ini...kepada kawan-kawan ku sudilah menjenguk ke web site ku ini...

Monday, 21 November 2011

KATA-KATA PALING...

habis kelas petang tadi terus ke library ingat nak cari bahan wat assigment tapi hampeh langsung tak jumpe..tapi aku ada terjumpa buku ni "Lautan Kasih Berpantai Sayang" yang ditulis oleh Mas Adeki...adalah 1 gurindam yang telah mencuit hatiku kerana maksudnya mempunyai banyak pengajaran...

Yang paling Esa Allah,
Ucaplah selalu Lailahaillallah.

Lafaz paling utama 2 kalimah syahadah,
Kepada Allah wajib beribadah.

Kitab paling suci Al-Quran.
Dibaca dihayati amat berkesan.

Lagu yang paling lunak suara azan,
Bukan laungan macam Tarzan.

Senaman paling afdal sembahyang,
Kepada Allah tandanya sayang.

Tokoh palinh hebat Rasulullah,
Nabi akhir zaman Subhanallah.

Kata paling enak Bismillah,
Doa paling mujarab Alhamdulillah.

Pujian paling agung Allahuakhbar,
Dugaan Allah hadapi dengan sabar.

Ucapan paling mesra Assalamualaikum,
Jika tak dijawab menyalahi hukum.

Taubat paling ringkas Astagfirullah,
Sesama insan hendaklah mengalah.

....

Sunday, 20 November 2011

menunggu saat itu...

tak sabar menunggu saat itu...kemunculan seorang yang sangat aku rindui..dah lama kita tak jumpa kan..ku harap  kau juga seperti diriku (merindui diriku) hehe...akan ku cuba siapkan tugasan yang menggunung ini sebelum saat itu agar kita dapat bersama:)

Thursday, 17 November 2011

JOM RILEKS....

setelah puas aku membuat sorotan literatur dari pukul 5 sampai 7, teringin pulak hati nak tengok cerita libas maklumlah esok takde kelas bila lagi nak tengok wayang kat bilik sendiri ni hehe...boleh la hilangkan tension sikit-sikit..kepala ni dah pening sangat nak fikir tugasan yang semakin menggunung...apa-apa pun jom layan cerita ni dulu....LAYANNNN...

BBK 3408 UDA & DARA PRODUCTION (KISAH PEMBUNUHAN)

Leganya rasa dapat menyiapkan tugas ni...hehe

Tuesday, 15 November 2011

sekadar berbicara...

kadang-kadang aku berfikir,
hidup ini perlu berhati-hati,
berhati-hati berbicara,
berhati-hati melakukan sesuatu,
berhati-hati mengenali seseorang,
berhati-hati dalam semua hal...
termasuk mencari teman sejati...

Monday, 14 November 2011

9 reaksi wajah (siri 2)

Posted by Picasa

penatnya...

em penatnyaaa aku minggu ni...terlalu banyak benda yang aku kena buat...sampai takde masa nak tido (sempat lagi) hehe...assigment setimbun banyaknyaa....dari pagi sampai ke malam ke hulu ke hilir....cari bahan nak buat assigment..takpelah bila lagi nak menyibokkan diri sendiri..akan aku usaha bersungguh-sungguh demi mengejar segulung ijazah...

Saturday, 12 November 2011

finishing school...

em lamanya aku rasa tak update blog ni,,,nak buat macam mane laptop aku rosak masuk virus habis assigment aku hilang (sedihnya)...sekarang ni aku kat kelas finishing school (saje je nak mengular) hehe...macam mana kawan-kawan kumpulan lain ok ke??finishing school aku dok dalam kumpulan 15 dengan fasilitator yang benama Dr. Ibriani (pensyarah psikologi) kalau tak silap..em best jugak la kumpulan ni walaupun kadang-kadang agak sikit b***** hehe...

Tuesday, 8 November 2011

sampai jua ke destinasi...

alhamdulillah selamat sampai jugak ke upm..setibanya disini sayu pulak hati yelah lepas ni dah takde cuti..kerja ku sebagai mahasiswa bermula lagi segala tugasan yang tertangguh akan ku cuba selesaikannya...caiyok caiyok caiyok shima hehe..

UDA & DARA PRODUCTION


"Darjat" versi kami...
Selesai sudah sesi lakonan,setelah penat bekerjasama dari pagi sampai petang akhirnya berjaya jugak kumpulan kami menyelesaikannya. Kenangan ketika bersama tak pernah kulupakan...

Friday, 28 October 2011

perkara yang tak dapat dilupakan...

pada tanggal 29/7/2010 ini merupakan tarikh yang paling tak dapat aku lupakan...pada subuh tarikh ini aku dikejutkan dengan satu panggilan oleh kakak ku yang menyatakan abah ku sedang sakit tenat (tak sedarkan diri), pada tarikh tu juga  aku dan kakak ku  balik ke kampung dan ketika itu kawanku menghantar meseg takziah kepadaku, dalam hatiku berbisik tak mungkin abahku telah tiada kerana kakak ku beritahu abahku sakit tenat sahaja,,,dalam hatiku berkata gila ke apa kawan aku nak bergurau masa ni dan mati-mati aku ingat dia bergurau,,tapi sangkaan ku meleset sekali yang kawan aku tu tidak bergurau kakak ku telah menyembunyikan kematian abahku kerana kami antara adik-beradik aku yang paling rapat dengan abah sehingga adik-beradik ku yang lain menggelarkan aku "anak emas abah"...setelah mengetahui berita pemergiannya jantungku bagai terhenti,   pandangan ku gelap serta merta,air mataku tak henti-henti mengalir aku seakan-akan tidak percaya berita ini aku belum puas bersamanya,,dalam kereta aku tak putus-putus mendoakannya..sampai di rumah lebih kurang 10malam, aku sekali lagi dikejutkan yang abahku telah siap dikebumikan,aku hanya sempat meratapi tanah merah di atas pusaranya aku tak sempat melhat wajahnya buat kali terakhir bahkan menciumnya,,aku sangat rindu kepadanya sesungguhnya aku tak dapat hidup tanpa dia disisi,,,abah shima sayang abah sangat-sangat,,,shima rindu abah sangat-sangat...shima doakan abah ditempatkan disisi orang beriman,,,,shima akan berusaha menjadi anak yang solehah kerana doa anak yang solehah dapat membantu kedua ibu bapanya bila mereka tiada...

Inilah perkara yang paling tak dapat aku lupakan seumur hidupku...

apakah maksud mimpi ini...

suatu malam aku ada termimpi yang aku duduk dalam satu bangunan tiba-tiba terpancar satu cahaya yang sangat terang...selang berapa minit bangunan yang aku duduk tu terbelah dua sekali dengan tanah terbelah dua, semua barang-barang yang ada di dalam bangunan tu dihisap ke dalam tanah termasuk aku yang bertungkus lumus untuk lari daripada dihisap tanah..dalam mimpi tu hatiku terdetik adakah ni kiamat,,aku mula menyesal dengan dosa-dosa yang pernah aku lakukan aku juga menyesal kerana aku tidak menggunakan masa yang ada untuk kuat beribadat kepada-NYA..dalam hatiku meronta jangan ambik nyawa ku kerana aku tahu setakat mana ibadat ku kepada-NYA aku belum bersedia lagi...apabila terjaga dari mimpi lututku terasa lemah seperti baru lepas berlari,,,sekarang aku sentiasa mengingati-NYA kerana aku tahu dia bila-bila masa boleh mengambil nyawa kita walaupun kita belum bersedia...

Thursday, 27 October 2011

assigment....

macam mana ni bila dah nak habis cuti sem mula fikir nak buat assigment..hehe ada sape-sape nak tolong tak??malam ni nak pegi jalan-jalan kat wakaf che yeh ada sape nak ikut shopping tak???boringnyeeeee kena tinggal kat mak sorang-sorang ni(yeke sorang-sorang) hehe..;

Monday, 17 October 2011

MY LIFE IS ABOUT 'J'

sebenarnya tak pasti jawapan ni betul ke tak...tapi rasa-rasanya Jasper tu hantu atau bunian kot sebab ada kat blog Dr. Notts yang Dr. bergambar dengan Jasper sedangkan dalam gambar tu hanya ada Dr. Notts sahaja. John pula mungkin jejaka British atau panggilan bagi seseorang mungkin juga nama panggilan anak Dr. iaitu Muhammad..Manakala Jonah pula mungkin kawan Dr. Notts kot...sebab Dr. selaliu cakap Dr. rindu Jonah hehe..

Sunday, 16 October 2011

hati INI....

Mata ini tak henti-henti memandang
Langit yang indah
Telinga ini tak henti-henti menangkap
Alunan angin bayu senja
Dan mulut ini tak henti-henti
Mengucapkan Subhanallah
Betapa…aku ini telah mengaku
Wujudnya kuasa yang satu
Namun…
Mengapa hati ini masih tidak terasuh
Untuk takut kepada-Nya
Kekadang …terfikir jua
Mungkin ucapanku hanya sebagai
Fitrah manusia…
Yang cintakan kedamaian dan keindahan
Tapi…mana mungkin semua ini
Bermakna jika…
Tak diserikan dengan kuntuman
Tawadhuk kepada Allah
Tak dibajai dengan cahaya kesyukuran
Kepada Yang Maha Esa



aktiviti di hujung minggu

biasalah bila tiba hujung minggu aku dengan roomateku suka masak memasak, pantang nak makan sikit terus cari bahan nak masak,...biasalah banyak masa terluang sebab tak keluar pegi shopping (dah takde duit hehe)..


                                           jom makan yam yam...



                                            jom makan semua.....
                                                   
jadi ini lah hasil masakan kami...hehe

Thursday, 6 October 2011

balikkampung...

tak tahu lah kenapa tiba-tiba semalam terdetik di hati  aku terasa nak balik kampung je..adakah aku rindu kt mak aku??adik-adik??em mungkin aku terfikir  yang mak aku seorang ibu tunggal yang terpaksa menjaga 5 lagi adik-adikku di rumah...(kesian kan). jadi aku balik hujung minggu ni nak tengok-tengok mak mana tahu dia sakit ke, demam ke, ada masalah ke??? walaupun kerja aku berlambak yang nak kena hantar minggu depan tapi takpe aku akan buat dont worry...sebab bila tiba-tiba je hati aku nak balik kampung aku terus balik aku taknak benda yang sama berlaku lagi keatas diriku kerana aku pernah tidak sempat melihat wajah abahku buat kali terakhir....kepada abah shima sentiasa berusaha menjadi anak yang solehah kerana shima tahu doa anak yang solehah dapat membantu kedua ibu bapanya bila mereka tiada...shima rindu abah sangat-sangat balik nanti insyaallah shima pegi ziarah kubur abah ek....

Friday, 30 September 2011

proposal??????

malam ni aku kena siapkan sedikit sebanyak tentang proposal kerja ilmiah aku,maklumlah hari isnin dah kena jumpa penyelia,,tapi macam mana nak start buat ni..tadi dah pegi DBP cari bahan untuk buat proposal ni,alhamdulillah buku yang aku cari tu ada kalau tak????oklah apepun nanti kita jumpa lagi ek aku dah nak start buat proposal ni...

Monday, 26 September 2011

fuhhh...

bestnyer hari ni dapat mempelajari sesuatu yang baru...
edit-edit gambar dan banyak lagi..
jom sape-sape nak belajar hehe...

Friday, 23 September 2011

Thursday, 22 September 2011

eeee...geramnyer aku....macam mana ******* boleh tahu ni....
sape la yang bagitahu dia ni.....
malu la aku lepas ni jumpa dengan dia...

Thursday, 15 September 2011

halooo selamat hari malaysia,selamat hari merdeka...

happy holiday semua...
aku bangga menjadi rakyat malaysia..
negara yang aman dan damai...
aku sangat menghargai pejuangan pahlawan zaman dahulu untuk mencapai kemerdekaan..
aku tidak dapat membayangkan bagaimana kalau aku hidup di zaman penjajah...
yang hidup dalam ketakutan,serba kekurangan,
pastinya aku tidak kuat menghadapinya,,
oklah ape-apepun selamat hari malaysia dan selamat hari merdedeka....
bye bye bye

assalamualaikum..

hehe..sukanya dah ada blog sendiri...
tanpa menyusahkan orang lain pulak tu..
berjaya jugak akhirnya..